Pages

Tuesday, December 16, 2014

KILANG KASUT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

TAGeoronnie dalam pembikinan
Sudah lama tak post kat blog nie.. sebenarnya tahun 2014 merupakan tahun yang agak sibuk bagi Georonnie Shoe Maker Enterprise yang kini dikenali sebagai TAGeoronnie Shoe Maker Sdn Bhd yang mana bermula dengan sebetul betulnya asas bagi sesebuah perniagaan.

Dulunya Tageoronnie Shoe Maker beroperasi di lot kedai, dan kini bermula bulan Jun 2014 telah beroperasi di kawasan industri Taman Puteri Kulaijaya.






Dengan kemudahan yang telah dipertingkatkan, produk Tageoronnie tidak lagi terbatas pada kasut perempuan sahaja, malah telah mula menghasilkan kasut lelaki, nanti admin akan updatekan gambarnya.

TAGeoronnie Shoe Maker tidak bergerak secara sendirian tetapi banyak dibantu oleh pihak Kraftangan Malaysia teutama sekali Cawangan Johor.

Semoga dengan hadirnya kami ke industri pembuatan kasut ini akan memeriahkan lagi industri pembuatan kasut di Malaysia. serta mampu memenuhi permintaan dari pelanggan-pelanggan sedia ada di Malaysia.